Friday, 10 August 2018

Rentetan Sebuah Kehidupan

Cemburu , Iri Hati .. Sudah tentu akan memakan diri !!

Bila Hati telah hitam...
Dek Hasutan syaitan ..
Iman didada pula kurang...
Tewas dengan setiap godaan...
Dan akhirnya..
Mulalah fasa dengki dan iri hati...
Lakonan demi lakonan...
Bermulalah kisah hidup dalam kepura-puraan...
Depan indah... Belakang **********

Siapa yang tak impikan hidup yang bahagia dan sempurna...
Lebih kurang 23 tahun dahulu... Semuanya indah belaka.. Kini.. 23 tahun telah berlalu.. Semuanya berubah menjadi mimpi ngeri sejak muncul sorang wanita yang berhati busuk .. Bijak mencari ruang dan peluang melaga-lagakan dua belah pihak yang dulunya bahagia , kini berpecah belah tanpa di duga.. Mungkin ini takdirnya... Namun Kecewa tetap dirasa akibat "dia" pembawa berita derita . Apabila perasaan Cemburu menghantui diri.. Takut pada bayang sendiri... Mula menuding jari ,  DASAR MANUSIA BUSUK HATI ....

Didepan kawan.. Dibelakang lawan....
Hari berganti hari ...
Sorang demi sorang diracuninya yg beremosi duri....
Setiap sudut ade saja yg tak puas hati...
Hanya kerana CEMBURU dan hasad dengki...
Apa saja yg berlaku , diputarbelitnya ... Diadakan bermacam cerita ... Mengadu domba setiap cerita... Mencari kesalahan di setiap penjuru...
Kami??? Hanya mampu bersabar..
Pujuk pada sang hati...
Solat... Sabar .. Biarkan ia terjadi...

Beberapa tahun kemudian..kemunculan pihak seterusnya menjadi lebih ngeri apabila "dia" yg tadi mula mengatur langkah mencari salah untuk berbalah . Hasutan demi hasutan.. Fitnah tak pernah diendah bahananya... Di kotak pemikirannya mungkin puas... Puas menghuru harakan keadaan yg jernih... Layakkah dia diberikan penghormatan ? Di luaran bagaikan Pijak semut tak mati... Gajah di depan tak nampak, kuman di seberang lautan nampak... Biarkan mereka dengan cara mereka... Tetap mneruskan menjalani kehidupan seharian dengan doa agar kami di lindungi dari sebarang yang tidak diingini...

Beberapa detik selepas itu....
Ayahanda tercinta di jemput seruan Ilahi...
Hati sedih namun itu tetap akan terjadi..
Masih pujuk pada hati..
Sesungguhnya Takkan ada yang bisa lari...
Realiti yang perlu ditempuhi setiap manusia di muka bumi ini...

Namun... Luluhnya hati dan perasaan ini pabila... Kepergian Ayahanda tercinta bukan dratapi.. Sebaliknya.. Kepergian Ayah dirai., tanda kejayaan mereka terhadap kami... Allahuakbar... Sebaknya di hati... Tidakkah mereka punya naluri  dan hati.. Kematian dijadikan bahan jenaka untuk bergelak tawa...13/10/2016... Masih segar di fikiran... Ini adalah dugaan.. Dugaan untuk mematangkan... Nasihat ibunda kami... Sabar lah... Allah ada.... Sedih ,perit dengan setiap yg dilalui...

Kehidupan kita bagaikan roda yang berputar..
Kadang di atas.. Akan tiba masa kita di bawah...
Bila diatas jangan telalu takbur...
Jangan meludah ke langit...
Takut jatuh d muka sendiri...

Bukanlah hendak menyalahkan sesiapa mahupun menyalahkan takdir... Pujuk hati... Dan yakin pada diri.. Semua ini Ujian Dari Ilahi... Ingatlah.. Setiap yang hidup pasti akan mati... Setiap yang berlaku punya hikmah yang tidak kita sedari... Selagi diuji , itu bukti kita dirindui Ilahi... Perbanyakkan ibadah.. Perbaiki Akidah ... Hidup di dunia bukan untuk mencari keredhaan manusia... Tetapi erti sebenar kehidupan adalah mencari bekalan untuk dibawa ke sana nanti.. Dunia hanyalah sementara.. Biarkan kita dizalimi... Allah tahu ... Allah tak pernah tidur.. Berserah pada Yang Maha Esa.. Semoga Kita dalam Keredhaannya dan menjadi sebaik2 umat di dunia dan juga di akhirat kelak...
Sabar ketika Di uji ... Allah bersama mereka yang dizalimi...

La Tahzan, Innallaha Ma'ana

Setiap perbuatan pasti akan mendapat balasan yang setimpal...

Wassalam..

Saturday, 10 February 2018

Azam nak kurus

Assalamualaikum ,  selamat tengah hari rakan2 yang disayangi..๐Ÿ˜Š☺

Lately ramai yang tegur , weh hang pasaipa ❓ Weh hang sakit ka ❓ weh hang makan pa ❓,weh hang putuih cinta ka ❓, wey hang ada masalah ka ❓weh jan dah kurus lah.  cengkung macam penagih dadah laa ๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก… yang ni paling kuang hajo namanya ๐Ÿ‘Š๐Ÿป๐Ÿ‘Š๐Ÿป! dan yang paling lawak Weh Jan๐Ÿ˜๐Ÿ˜! laa ni segaknya hang ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ… (awat , dulu aku ni huduh sangat ka.. hahahaahah) …๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ macam2 la tanggapan orang kat aku ni ๐Ÿ™ƒ…

Hmmm .. gemuk salah , kurus salah… actually bukan tu masalah… yang jadi masalah pemikiran ๐Ÿง dan mulut ๐Ÿ—ฃmanusia๐Ÿ‘ฅ yang takkan pernah berhenti untuk bercakap tentang diri kita.. okaylah.. Saya faham☺ .. banyak perubahan dalam diri saya kan.. so saya tak salahkan sesiapa.. Cuma rimas ๐Ÿ˜ซdan kecewa ๐Ÿ˜ฉ segelintir daripada mereka yang berprasangka buruk….

So Post ๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑkali ni , saya akan share dengan kawan2 semua .. macammana saya dapat turunkan berat badan๐Ÿ“œ… kalau rajin baca dan hadam sampai habis. ๐Ÿง๐Ÿค“Jangan pikir lain dah lepas ni. Kalau yang kenal saya, mak ayah Tanya ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง, tolong habaq sama na.. Hihihi๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Actually, bukan laa turun secara mendadak pon , semua ni ambik masa lebih kurang 4 bulan lebih⌚… puas jugak laaa pujuk hati ,๐Ÿ’๐Ÿป‍♂๐Ÿ’” set minda , kawal segalanya, mau taknya , kat tempat kerja , kiri kanan kedai makan, depan mata kedai jual kuih muih๐ŸŒฎ๐Ÿฅ™๐Ÿ•๐ŸŒฏ๐Ÿฅช๐Ÿฅซ , keropok lekor , macam2 ada ๐Ÿก๐Ÿง๐Ÿจ๐Ÿฅง๐ŸŒฐ๐Ÿฟ๐Ÿฉ… semua tu makanan kegemaran kot .. tapi set dalam minda ๐Ÿง .. Jannnnn .. kuruihhh Jan.. kuruih ..๐Ÿšถ‍♂ setan kalah .. so tengok dan bau makanan yang sodap pon macam xdak makna apa2 laa .. heheheh .Okay dah!!! stop merepek …๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜… 
hampa baca la tips ni.. 

Tips turunkan berat badan yang saya amalkan… Antaranya

1-Mula2 Kurang makan nasi lepastu terus tak makan nasi .  Hampa semua jangan salah paham.. tak makan nasi tu , bukan maksudnya biar perut hampa tu kosong sepanjang hari, kalau biaq kosong takut kena gastrik atau perut masuk angin … jadi makan la benda lain … supaya perut terisi dan  tak bernyanyi …

2-Makan banyak sayur – sayuran.. dulu memang saya tak makan sayur ,, beli makanan mesti buang sayur … tak lalu dan tak boleh telan …. Tapi dah start diet x ambil nasi , so makan sayur sikit2… saya banyak makan Bunga kobis,timun, Carrot, kobis ,salad  .. perut tetap diisi dengan sayur walau tak makan nasi,, jadinya tak lapar laa sebab dah makan sayur kan…

3-Makan  buah-buahan … antara yang saya amalkan , makan buah jambu , buah epal hijau…

4-Manis pon tak ambil dah.. minuman manis dan ber Ais sejuk tinggal terus , milo ais, kopi , teh dan lain2 minuman bergula memang langsung tak sentuh… tapi kadang2 pi rumah sepupu sepapat , minum juga .. tapi seteguk sahaja .. tuan rumah dah hidangkan.. so minum juga.. nanti kecik hati tuan rumah.. (kena cek jugak , takot gula tak ada dalam badan) so far , Alhamdulillah..semua terkawal

5-Jangan lupa ,Kena banyak minum air  kosong atau air putih sahaja, sebelum makan apa2 munim air putih ni dulu… lepastu makan lah ..

6-Makanan segera , makanan yang tinggi karbohidrat .. memang tinggal terus selama berdiet…

7-Masa diet, seminggu dalam bulan pertama ja jogging.. lepas tu kelaut.. hahaaha .. Cuma dok melompat , acah2 bersukan dalam bilik.. hahaha.. aku buat senaman simple ikut dalam apps playstore tu .. apps tu LOSE WEIGHT IN 30 DAYS . senaman tu ja la .. hahaah

8-Makan pagi telur rebus dan air kosong

9-Makan tengahari  makan ayam goreng dan sayur yg kat atas tadi dan air kosong

10-Makan Petang sama juga dengan tengah hari . paling lewat makan pukul 8 mlm.

*** makan benda yang sama setiap hari dan Alhamdulillah …. Inshaallah hasilnya dapatlah turunkan berat badan kita… 

Apapon jutaan terima kasih ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป, atas dorongan dan sokongan daripada family tercinta๐Ÿ’ž ,mak orang yg paling memahami dan sentiasa bagi nasihat  .. sepupu sepapat dan kawan2 yg disayangi .. sentiasa bagi nasihat dan tips jugak… sentiasa ada dengan saya masa susah dan senang,, masa gemuk hingga ke hari ni , masih bersama… Alhamdulillah..๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ pedulikan mereka yang berkata2 tntg kita , Allah ada.. hanya Allah yang tahu segalanya..
Sabar Dan Redha .. 

*sorry nah ayat lintang pukang. Ayat aku sendiri na.. takdak copy dari mana2.. Hampa baca la.. nak Tanya apa2 pm tepi .. ok bye๐Ÿคญ๐Ÿคญ

Yang Benar,
azlizan

Tuesday, 4 October 2016

DEKODER MYTV BASIC PERCUMA

Unit Dekoder Percuma

Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan DTT. 
Sila hubungi MYTV di talian 1300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.
Untuk membuat semakan sila klik link ini http://mytvbroadcasting.my Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik HANTAR

Ejen Pemasangan
Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder.
Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

Klik di sini http://mytvbroadcasting.my/agenpemasangan.html untuk senarai Ejen Pemasangan berhampiran anda.

   
Apakah itu DTT?
Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

TAHNIAH KEPADA YANG TERPILIH!!! 
*sumber daripada  2016 MYTV Broadcasting Sdn Bhd
****sila layari http://mytvbroadcasting.my/   untuk maklumat lanjut****

Tuesday, 26 May 2015

Brim 2015

Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia BRIM 2015 peringkat kedua akan mulai dibayar bermula Esok 28.05.2015 khamis ..
                                  -Ahmad Maslan-

Bab duit laju jer kan .. heheh . Biasalah lumrah kehidupan . semua org perlukan duit . ye dok? .. Ops lupe , Korang sume boleh la start Semak Dh msuk ke belum utk peringkat kedua nie .

So dh plan ke dengan bantuan kali ni ?.RM 300 tu ..  Hehe . konfirm ade yg akan simpan utk preparation Menyambut Kedatangan Ramadhan kan .Seeloknya Amalkan lah sikap berjimat cermat .

Monday, 29 September 2014

Matikanlah kami Dalam keimanan

Salam Sejahtera .. Lama bebenor teman tak mengupdate .. Alhamdulillah Masih diberi Peluang Menghirup Udara segar dan masih dapat menikmati ciptaan Terindah Yang Maha Esa .. Harap Anda semua juga sihat sihat sahaja  ..

    Sering kita mendengar Tentang berita2 buruk yg berlaku di negara kita ... Pada siapa yg harus Dipersalahkan? Renung2kanlah ... Setiap yg berlaku pasti ada sebab musabab .. Semakin Hari kita semakin leka dan alpa .. Kita semakin ditipu dan menjadi permainan dunia .. Insaflah ...

   Janganlah sesekali kita menyalahkan Allah atas semua ujian yg DiberiNya . Terfikirkah kita , bahawa sebenarnya Allah rindukan kita? Rindukan kita meminta2 darinya... Kita sering melupakanNya . Ya Allah ... Hapuskanlah perasaan tidak baik yg menyelubungi hati kami ..

    Ada baiknya juga jika kita seringkali memikirkan kematian. Umumnya , semua tahu bahawa Mati Itu Pasti . MATI tidak mengira usia .. Kita si dunia hanya sementara .. Carilah bekalan yg bnyk utk dibawa kesana Kelak .. Rindunyaaaa Allah kat kita , karna itulah , akhir2 ini kita diuji ... Indahnya Islam ...

     Fikirlah , apa bekalan masa kini sudah bnyk utk di bawa pulang ke sana? Sudah2 buat onar ... sudah2 bermusuh-musuhan ..  Bersihkan hati dengan bwrmuhasabah diri dan berzikirlah selalu . Setiap yg dilakukan pasti ada balasannya. Janji Allah itu pasti .

    Marilah sama-sama kita berdoa agar Kita sentiasa di dalam lindungannya . Mohonlah agar kita dimatikan dalam keimanan... Amin ALLAHUAKBAR .. ALLAHUAKBAR..
ALLAHUAKBAR..

    Assalamualaikum.

   

Thursday, 19 June 2014

Allahhuakbar

Pada hari ini kita dikejutkan dengan satu  gegaran gempa  bumi  yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Kupang Kedah. Biarpun ia hanya  satu gegaran kecil pada skala kecil iaitu 3.8 skala ricther, ia sudah cukup membuatkan kita tidak senang duduk. Gempa bumi bukan satu bencana yang biasa, tetapi ia boleh memusnahkan segala harta  benda. Mari kita sama-sama doakan, agar tidak kejadian yang tidak diingini berlaku di Malaysia.

Gegaran gempa bumi di Kupang Kedah pada 20 ogos 2013 di Malaysia. Pada hari ini, dikejutkan dengan berita bahawa telah berlaku gegaran kecil sekitar 8.26 pagi tadi di daerah Kupang. Gempa bumi itu dipercayai berpusat di 11 kilometer selatan Baling. Hanya segelintir penduduk sahaja dapat merasai gegaran tersebut memandangkan gempa bumi terjadi pada skala kecil iaitu 3.8  skala ricther. Pada masa yang sama, perkara ini turut disahkan olehJabatan Metereologi Malaysia mengenai fenomena tersebut.

Kenyataan Akhbar

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku di Kupang, Kedah pada 8.26 pagi tadi .menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya berdasarkan kenyataan jabatan itu lagi.

temptation Of wife

Kesudahan Temptation Of Wife . Nigel dan Angeline bersatu . ��������