Wednesday, 18 December 2013

Pusat Internet 1 Malaysia.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbau di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
saya sembah pembuka bicara.

Pusat Internet 1 Malaysia . 

Tahukah Anda ?

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan satu program anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM).Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk luar bandar selain menyediakan kemudahan dan prasarana internet kepada penduduk luar bandar.

Kebaikan PI1M .

Masyarakat dapat melayari internet dengan mudah kerana terdapat pusat untuk melayari internet.selain itu,kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia dapat meluaskan ilmu pengetahuan masyarakat tentang keistimewaan internet.Antaranya,dengan penggunaan internet,semua kerja mudah untuk dilakukan seperti pembayaran bil-bil dan urusan jual beli yang terdapat di internet.Kemudahan secara online ini dapat menjimatkan masa serta mengurangkan perbelanjaan harian.

Selain itu,kewujudan PI1m ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan masyarakat terutama sekali masyarakat di luar bandar.Sebagai Contoh,mereka yang mengikuti program yang dianjurkan PI1M dapat mengetahui dan memahami tentang jenayah siber dan dapat mempelajari cara-cara yang dapat dilakukan bagi mengelakkan diri daripada pencorobohan harta dan pencerobohan akaun-akaun tertentu seperti Facebook,twitter dan lain-lain.

Internet sebagai forum diskusi(perbincangan)
Tidak lengkap jika kita mengadakan sebuah penelitian tanpa mengajak diskusi, meminta pendapat dari orang lain. Perkongsian pendapat ini sangat baik bagi kita kerana dengan adanya hal tersebut, idea-idea kita dapat bertambah, wacana kita makin luas sehingga dalam menangkap sebuah fenomena bahasa, kita tidak hanya menangkapnya dari satu sudut pandang saja.Media sosial atau persahabatan seperti www.friendster.com, www.myspace.com, www. facebook.com atau www.twitter.com dapat kita jadikan sebagai forum diskusi. Di facebook,kita dapat memperolehi ramai rakan.Internet adalah media yang sangat bermakna.

Akhir sekali,PI1M juga dapat menjadikan rakyat Malaysia lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi internet pada masa kini.Di samping itu dapat memupuk semangat KeNegaraan,kerjasama dan rasa kebertanggungjawaban semasa berinteraksi di dalam dunia siber sekaligus menjadikan hasil ciptaan Malaysia sebagai petanda aras global dan piawaian sedunia lantas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang moden dan berteknologi tinggi.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi diatas limpah kurnianya dapat kita bersua bicara pada kali ini.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia diatas inisiatif beliau dalam mewujudkan Pusat Internet 1Malaysia ini.Tidak lupa juga,ribuan terima kasih kepada pengurus Pi1m Kg Bawah Gunung,Puan Halimatun dan Izwani kerana memberi tunjuk ajar kepada saya serta memberi peluang kepada saya untuk menyertai PI1M ini.


No comments:

Post a Comment