Tuesday, 4 October 2016

DEKODER MYTV BASIC PERCUMA

Unit Dekoder Percuma

Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan DTT. 
Sila hubungi MYTV di talian 1300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.
Untuk membuat semakan sila klik link ini http://mytvbroadcasting.my Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik HANTAR

Ejen Pemasangan
Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder.
Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

Klik di sini http://mytvbroadcasting.my/agenpemasangan.html untuk senarai Ejen Pemasangan berhampiran anda.

   
Apakah itu DTT?
Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

TAHNIAH KEPADA YANG TERPILIH!!! 
*sumber daripada  2016 MYTV Broadcasting Sdn Bhd
****sila layari http://mytvbroadcasting.my/   untuk maklumat lanjut****

No comments:

Post a Comment