Thursday, 19 June 2014

Allahhuakbar

Pada hari ini kita dikejutkan dengan satu  gegaran gempa  bumi  yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Kupang Kedah. Biarpun ia hanya  satu gegaran kecil pada skala kecil iaitu 3.8 skala ricther, ia sudah cukup membuatkan kita tidak senang duduk. Gempa bumi bukan satu bencana yang biasa, tetapi ia boleh memusnahkan segala harta  benda. Mari kita sama-sama doakan, agar tidak kejadian yang tidak diingini berlaku di Malaysia.

Gegaran gempa bumi di Kupang Kedah pada 20 ogos 2013 di Malaysia. Pada hari ini, dikejutkan dengan berita bahawa telah berlaku gegaran kecil sekitar 8.26 pagi tadi di daerah Kupang. Gempa bumi itu dipercayai berpusat di 11 kilometer selatan Baling. Hanya segelintir penduduk sahaja dapat merasai gegaran tersebut memandangkan gempa bumi terjadi pada skala kecil iaitu 3.8  skala ricther. Pada masa yang sama, perkara ini turut disahkan olehJabatan Metereologi Malaysia mengenai fenomena tersebut.

Kenyataan Akhbar

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku di Kupang, Kedah pada 8.26 pagi tadi .menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya berdasarkan kenyataan jabatan itu lagi.

No comments:

Post a Comment