Thursday, 19 June 2014

Kesudahan Telenovela Temptation Of Wife .

Angeline akan mengambil alih kerjaya Heidi sebagai manager Bella De France dan memecat Heidi. Heidi akan menjadi miskin semula dan tiada pekerjaan. Marcel dan keluarganya juga jatuh miskin dan tinggal di rumah kecil setelah perniagaan mereka diambil alih oleh Yolanda dan Angeline. Heidi nanti masuk penjara atas kesalahan mencederakan angeline. Masa dalam penjara dia asyik bergaduh dan buat hal serta mencuri pistol pegawai penjara untuk menembak orang-orang dipenjara tetapi cubaannya berjaya dipatahkan. Dia kemudiannya disahkan menghidap tekanan perasaan dan dihantar ke rumah sakit jiwa. Di rumah sakit jiwa dia bertemu dengan Chantal Armada (anak Yolanda Armada) yang disangka telah mati tetapi rupa-rupanya telah hilang ingatan dan tidak ingat langsung nama sebenarnya serta tinggal di rumah pesakit mental. Ingatan Chantal kembali pulih apabila dia terdengar Heidi menyebut-nyebut nama Chantal yang kebetulan sama dengan namanya (sebenarnya Heidi merujuk kepada Chantal Gonzalez iaitu Angeline). Angeline kemudiannya terperangkap antara cinta Marcel dan Nigel. Setelah berfikir, dia kemudiannya memilih Nigel dan mereka pun bertunang. Malangnya, Chantal Armada telah pulih daripada hilang ingatan dan kembali pada hari pertunangan Nigel dan Angeline. Akibatnya, Nigel dan Angeline terpaksa merahsiakan pertunangan mereka daripada Chantal Armada kerana khuatir dia akan cuba membunuh diri sekali lagi akibat obses terhadap Nigel. Yolanda Armanda pula memaksa Nigel dan Angeline memutuskan pertunangan mereka kerana dia lebih memikirkan anaknya, Chantal Armada. Ini menyebabkan Angeline tertekan. Dia kemudian meletak jawatan daripada syarikat House of Armada manakala Nigel dipaksa berkahwin dengan Chantal Armada. Heidi pula berjaya lari daripada rumah sakit jiwa setelah mempergunakan Leo (abang Angeline yang sememangnya menyintai Heidi dari dulu). Dia berjaya memikat seorang jutawan Robert Montreal dan mereka pun berkahwin. Heidi menjadi kaya semula dan menggunakan kuasanya untuk membalas dendamnya terhadap Angeline. Kesudahannya, Heidi membunuh Marcel tanpa sengaja dan dipenjarakan seumur hidup selain menderita sakit kanser ovari. Angeline berkahwin dengan Nigel dalam suasana yang sungguh romantik gitu.

1 comment: